Program Advokasi di SMK Pedas

11 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

10 Julai 2024 – NADI Linggi dan NADI Kota Pekan telah sama-sama terlibat dalam menyampaikan ceramah KDB bertajuk ‘Buli Siber’ di Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak : Kasih Kanak-Kanak Peringkat Daerah Rembau di SMK Pedas, Rembau Negeri Sembilan.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini turut menjemput PDRM dari Balai Polis Pedas untuk menyampaikan ceramah ‘Keselamatan Kanak-Kanak’ serta ceramah ‘Hak Kanak-Kanak’ oleh Pegawai Akhlak dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Rembau.

Majlis yang bermula dari jam 8 pagi ini menyaksikan kehadiran seramai kira-kira 300 orang pelajar dari Tingkatan 1 hingga 3, Kelas PPKI dan guru-guru. Majlis ditamatkan dengan Perasmian Penutup oleh Encik Ramesh a/l Raghavji Devraj (Pengerusi PKKK) dan akhir sekali lawatan ke tapak mural Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak. Acara selesai pada jam 1.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali