Lina Chang : Cara Membuat Tuntutan MySalam

8 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

7 Mei 2024 – Peserta Bernama Lina Chang menghidap penyakit kanser payudara dan telah dimasukkan ke Hospital PPUM. Beliau baru tahu mengenai Skim mySalam ini dan ingin membuat tuntutan tetapi tidak tahu caranya lalu beliau bertemu dengan Pengurus untuk belajar cara membuat tuntutan.

Pengurus NADI Linggi iaitu Puan Norhapidah, telah mengajar Puan Lina cara-cara membuat tuntutan. Sebelum itu beliau diperkenalkan dulu dengan laman web mySalam di https://www.mysalam.com.my/mys/info/. Melalui laman web tersebut rakyat yang layak boleh menyemak sama ad akita layak atau tidak untuk mendapat manfaat mySalam tersebut. Sekiranya layak, barulah boleh membuat akaun untuk tujuan log masuk.

Seterusnya Puan Lina diterangkan mengenai jenis-jenis tuntutan yang boleh dilakukan dan dokumen yang diperlukan, akhir sekali setelah memastikan kesemua syarat dipenuhi dan dokuman yang diperlukan adalah lengkap barulah beliau diajar cara membuat tuntutan, memuat naik dokumen seterusnya menghantar permohonan. Kelas ini berlansung selama 2 jam dari 3.00 petang hingga lah ke jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali