Booth KDB di SK Lukut, Port Dickson

16 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

15 Ogos 2024 – NADI Kluster Port Dickson telah dijemput untuk membuka Booth KDB di Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Daerah Port Dickson di SK Lukut dari jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 petang.

NADI Kluster Port Dickson yang melibatkan 3 buah NADI iaitu NADI Linggi, NADI Kg. Paya dan NADI Pekan Lukut telah bersama-sama bertugas mengendalikan booth dengan mengedarkan risalah dan memberi taklimat advokasi KDB kepada pengunjung yang hadir ke booth, memperkenalkan NADI dan mengendalikan Permainan Online & Offline untuk pelajar-pelajar. Antara permainan KDB yang diadakan adalah seperti:
Teka silang kata, Word Search, Games Interland Be Internet Awesome, Ujian Bijak Internet, Wordwall dan Quizziz.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini juga telah menjemput beberapa agensi lain seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Selain dari booth, Program ini turut mengadakan Ceramah Advokasi dari JKM & PDRM serta persembahan tarian dan nyanyian dari pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali