Personal Class Shafyfy – Permohonan Budi Madani

18 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

17 Ogos 2024 – Kerajaan telah memperkenalkan bantuan BUDI MADANI sebagai wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak.

Dengan itu, Puan Shafyfy hadir ke NADI Linggi untuk mendapatkan info yang tepat tentang bantuan ini dan cara untuk memohon. Beliau dibantu oleh Pengurus NADI Linggi yang mengajar cara-cara membuat permohonan dan secara tidak lansung melatih kecekapan Puan Shafyfy menggunakan sistem digital dalam pelbagai urusan perkhidmatan atas talian.

Puan Shafyfy telah memilih Bantuan BUDI Individu iaitu bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel. Antara yang diajar ialah cara membuat profil pengguna, memasukkan maklumat dan dokumen yang diperlukan, cara membuat verifikasi melalui emel, menghantar permohonan dan cara menyemak keputusan permohonan. Kelas berlansung selama 1 jam sahaja bermula dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali