Kelas Perniagaan Shopee X TikTok di Giatmara Teluk Kemang

7 September 2024 | Aktiviti Terkini

6 September 2024 – NADI Linggi telah mendapat jemputan dari Giatmara Teluk Kemang untuk membuat satu kelas usahawan bersama pelajar di sana. Kelas tersebut adalah Kelas Perniagaan Shopee X TikTok.

Seramai 15 peserta telah menghadirkan diri untuk mempelajari cara bagaimana untuk mulakan langkah perniagaan mereka di dalam platform Shopee dan juga TikTok. Mereka juga telah diperkenalkan mengenai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan fungsi, kelebihan yang ada untuk mereka boleh kunjungi di NADI Linggi.

Kelas telah bermula pada pukul 3 petang sehingga 5 petang selama 2 jam. Kami dari NADI Linggi ingin berterima kasih kepada pihak Giatmara Teluk Kemang di atas jemputan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali