Personal Class Susila – urusan Imigresen dan Perbankan

11 September 2024 | Aktiviti Terkini

10 September 2024 – Pada jam 12.45 tengahari, Susila d/o Vijayakumar telah hadir untuk meminta bantuan dari Pengurus NADI Linggi tentang cara-cara membuat permohonan temujanji secara atas talian dengan Jabatan Imigresen bagi tujuan Permohonan beliau mendapatkan Taraf Permastatutin Tetap di Malaysia. Beliau yang merupakan warganegara India telah berkahwin dengan suaminya yang merupakan rakyat Malaysia. Beliau telah diajar cara membuat permohonan melalui laman web https://www.imi.gov.my.

Seterusnya, beliau ingin membuat permohonan membuka Akaun Bank Bersama bersama ibunya berada di India dengan Bank of India yang di mana segala urusan bersama bank perlu dilakukan melalui emel. Di sini Pengurus NADI mengahadapi sedikit kesukaran berkomunikasi memandangkan mereka tidak fasih berbahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun Pengurus NADI sedaya upaya membantu beliau agar urusan beliau dapat dilaksanakan. Pengurus juga turut memberikan advokasi tentang scam, penipuan kewangan dan keselamatan data peribadi. Kelas personal ini tamat pada jam 2.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali