3D Classroom Training
22 Jun 2016 | Aktiviti Terkini
Selasa, 21 Jun 2016 – Kelas ini adalah lanjutan dari Program Open Learning yang telah diadakan di PI Linggi sejak 31 Mei yang lalu. Selain bertujuan untuk membuat susulan dan menambah bilangan pelajar yang berdaftar, kelas pada hari ini juga diadakan untuk memperkenalkan medium atau aplikasi-aplikasi lain secara online mahupun offline yang boleh pelajar gunakan untuk menyiapkan tugasan-tugasan mereka di dalam program tersebut.
Oleh itu pelajar telah diperkenalkan kepada SENSAVIS (sensavis.com) iaitu satu aplikasi 3D Classroom Learning yang sangat menarik.
Kelas selama 3 jam ini (2.00 – 5.00 petang) juga mengajar peserta teknik merakam dan menyunting video menggunakan Movie Maker iaitu salah satu keperluan untuk dimasukkan ke dalam Open Learning Coursework mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: