Kursus Penyembelihan Halal Mengikut Syarak
5 September 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 4 September 2015 yang lalu, Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Linggi bersama Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Linggi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Belia Mukim Linggi telah bekerjasama mengadakan Kursus Penyembelihan Halal Mengikut Syarak. Kursus yang dihadiri oleh ahli Belia Mukim Linggi ini telah diadakan selama 6 jam dan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Teori & Praktikal. Kursus teori telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi dari 9 pagi hingga jam 2 petang. Kursus praktikal pula telah diadakan di tempat sembelihan kandang lembu milik Encik Mustafa, ahli yang telah mendapat bantuan dari Persatuan Belia Mukim Linggi. Kursus ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Abdul Rahman Bin Mohd Redza selaku ADUN Linggi dan Tenaga Pengajar ialah Ustaz Syaharin Bin Ismail dari JHEAINS. Antara matlamat utama kursus ini diadakan ialah mengajar dan menyedarkan peserta tentang cara penyembelihan yang betul mengikut syarak, agar ilmu ini tidak lupus sekiranya semua orang hanya mengharapkan tukang sembelih di pasar-pasar sahaja. Selain itu, kursus ini diharap dapat membantu usahawan yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan supaya dapat memelihara produk mereka agar terjamin halal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: