Jelajah KDB
6 September 2015 | Aktiviti Terkini
Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan 'Jelajah KDB' sebagai salah satu inisiatif dalam menyampaikan dan memberi kesedaran kepada pengguna internet tentang Kempen Klik Dengan Bijak. Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Program ini diwujudkan bagi membudayakan penggunaan internet secara positif di kalangan rakyat Malaysia. Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia dilihat mampu mengubah budaya dan gaya hidup masyarakat. Seiring dengan perkembangan ini, kadar jenayah siber juga turut meningkat. SKMM mengambil inisiatif mewujudkan program ini bagi memberi pendidikan mengenai keselamatan siber kepada masyarakat dengan tiga teras iaitu keselamatan, waspada dan tanggungjawab. Jelajah KDB oleh Pusat Ekonomi Digital Linggi ini telah singgah di beberapa tempat di sekitar kawasan Linggi iaitu Perpustakaan Desa Kampung Pengkalan Durian, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Cahaya Ikhsan Linggi, Butik Batik Linggi, Booth Jualan Perodua di Pekan Linggi, serta beberapa orang pengguna yang datang menggunakan perkhidmatan di PI Linggi. Jelajah KDB ini yang telah diadakan dari 1 – 5 September 2015 dijangka akan diteruskan lagi dari masa ke semasa bagi memberi kesedaran kepada pengguna internet agar matlamat KDB ini dapat dicapai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: