INTEL – Membuat Poster Iklan dan Klik Dengan Bijak
14 September 2015 | Aktiviti Terkini
Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan kelas Membuat Poster Iklan pada 13 September 2015 yang lalu. Kelas dihadiri oleh seramai 11 orang peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar sekolah rendah. Di dalam kelas ini peserta diajar untuk membuat poster bepandukan Modul INTEL. Modul ini sangat bagus untuk pelajar baru yang tidak mahir menggunakan komputer kerana ianya berpandukan Guideline Notes & Workbook. Jadi pelajar yang membuat tugasan berpandukan langkah demi langkah yang terdapat di dalam Guideline Notes ni dijangka lebih mudah untuk memahaminya. Tenaga pengajar pada kali ini ialah Puan Norhapidah Binti Mokhtar iaitu Penolong Pengurus PI Linggi. Kelas bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Setiap peserta diberi tugasan untuk menyiapkan poster masing-masing dengan bertemakan Hari Malaysia 2015. Selepas kelas INTEL berakhir, Puan Yusaini pula mengambil alih kelas untuk mengajar peserta teng Klik Dengan Bijak, Peserta yang hadir bagi sesi ini pula ialah seramai 15 orang. Selain mendengar taklimat mengenai KDB, peserta juga diajak untuk bermain permainan KDB Action Kamen. Peserta dilihat sangat seronok kerana boleh bermain dan mendapat ilmu pada masa yang sama. Kelas tamat pada pukul 1 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: