Program Pemerkasaan JKKK– Siri Pertama
28 Februari 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 27 Februari 2015 (Jumaat) yang lalu, Pusat Ekonomi Digital dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Linggi telah menganjurkan Program Pemerkasaan JKKK bagi siri yang pertama bertempat di Bilik Latihan PI Linggi. Melalui program ini, Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengajar para peserta seramai 13 orang yang terdiri daripada Ahli dan Setiausaha JKKK DUN Linggi tentang cara-cara membuat Profil Kampung dengan menggunakan Microsoft Words. Selain itu, peserta turut diajar menggunakan Microsoft Excel untuk mengisi data isi rumah setiap penduduk kampung masing-masing.
Program yang berlangsung selam 3 jam bermula dari pukul 3.00 petang dan berakhir jam 6.00 petang ini turut diserikan dengan kedatangan ADUN Linggi, Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Rahman Bin Mohd Redza. Beliau dalam ucapannya berkata, harapannya agar ‘Program Pemerkasaan JKKK’ ini akan melahirkan ahli-ahli JKKK yang celik IT, selain memastikan agar segala data tentang semua kampung di dalam DUN Linggi dapat direkodkan dengan baik dan lebih sistematik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: