Kelas INTEL – Membuat E-mel dan Belajar Menaip
29 Februari 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 28 Februari 2015 (Sabtu) yang lalu, PI Linggi telah mengadakan Kelas INTEL: Belajar Menaip dan Membuat E-mel. Kami menerima kehadiran seramai 6 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah. Kelas yang berlansung selama 3 jam ini bermula dari pukul 10.00 pagi hingga pukul 1.00 tengahari. INTEL - Learn Easy Step adalah satu teknik mengajar peserta dengan cara mudah mengikut langkah demi langkah. Ia bagi memastikan pelajar lebih faham entang apa yang mereka pelajari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: