E-Kelas Assesment
21 Februari 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 19 & 20 Februari yang lalu bersamaan hari Jumaat dan Sabtu, satu lagi perjumpaan antara Maxis CR Team dan pelajar E-Kelas telah diadakan di PI Linggi.
E-Kelas Assessment (Penilaian Pelajar E-Kelas) adalah untuk menilai setiap pelajar di mana tahap pengetahuan mereka dari segi pelajaran supaya guru boleh mereka bentuk sukatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mereka. Penilaian ini dijalankan oleh pasukan Funzone iaitu Shaila dan Chtistine.
Seramai 66 orang pelajar telah hadir pada kedua-dua hari penilaian berikut. Selain dari penilaian pelajar yang dilakukan ini, turut diadakan ialah Pengaktifan Akaun Sasbadi bagi setiap pelajar. Ianya memberi akses kepada pelajar untuk masuk ke portal Sasbadi di mana terletaknya beribu-ribu soalan latihan dan nota untuk rujukan para pelajar.
Turut hadir pada hari tersebut ialah, YB Tuan Haji Abdul Rahman Bin Mohd Redza iaitu ADUN Linggi yang secara kebetulan datang melawat PI bagi meninjau perjalanan program E-Kelas ini. YB Abdul Rahman turut menyampaikan rasa bangganya melihat E-Kelas ini dapat diadakan dengan jayanya dan berharap pelbagai lagi program-program yang berfaedah dapat diadakan pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: