Kelas E-Learning
27 Mac 2016 | Aktiviti Terkini
Sabtu, 26 Mac 2016 – Pada cuti hujung minggu ini, pelajar-pelajar sekolah yang datang ke Pusat Ekonomi Digital Linggi diajak menyertai Kelas E-Learning. Ini bagi membantu pelajar-pelajar ini agar tidak membuang masa melayari internet dengan perkara yang berfaedah.
Selama 2 jam di dalam kelas ini, peserta didedahkan dengan cara-cara meneroka laman web dan mencari soalan-soalan yang bersesuaian dengan umur mereka serta membuat latihan yang terdapat di dalamnya bagi menguji tahap kefahaman mereka sendiri. Mereka dibenarkan memilih laman web yang mereka inginkan agar bersesuaian dengan umur dan keperluan mereka sendiri. Pelajar tahun 6 digalakkan membuka laman web Zoom A sebagai persediaan bagi peperiksaan UPSR, yang lain adalah seperti Frog VLE dan tvokids.com.
Seramai 5 orang pelajar yang mengikuti kelas ini sambil dibimbing oleh Pengurus PI Linggi iaitu Puan Yisaini Md Yusof. Antara latihan yang mereka lakukan ialah, Coin Combo (matematik), Fossil Found (sains), Penulisan BM UPSR, Notes (Biodata). Kelas berakhir pada pukul 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: