Membuat Kad Hari Guru dan KDB – Facebook Troll & Scam
10 Mei 2015 | Aktiviti Terkini
Program di Pusat Ekonomi Digital Linggi bagi bulan Mei 2015 dimulakan dengan kelas yang pertama iaitu 'Membuat Kad Hari Guru & Klik Dengan Bijak – Facebook Troll & Scam'. Kelas ini diadakan pada hari Sabtu, 9 Mei 2015. Ianya berlansung selama 2 jam dan dihadiri oleh seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah.Di dalam sesi yang pertama, peserta diajar cara-cara membuat Kad Ucapan bertemakan 'Hari Guru' dengan menggunakan 'Microsoft Publisher'. Peserta begitu teruja dan bersaing sesama sendiri untuk menghasilkan kad ucapan yang paling menarik untuk diberikan kepada guru-guru mereka sempena sambutan Hari Guru yang bakal disambut pada minggu hadapan.Sesi yang kedua pula ialah tentang kempen 'Klik Dengan Bijak (KDB)'. Peserta diajak untuk melihat kepada ancaman-ancaman siber yang terdapat pada masa sekarang, khususnya tentang Troll & Scam di Facebook. Kesedaran tentang bahaya ini amatlah penting bagi mengelakkan peserta terjerumus di dalam kancah penipuan. Ianya akan memberi kesan yang buruk kepada mangsa dan pelakunya juga boleh didakwa
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: