Kelas INTEL : Membuat Lembaran Kerja Excel
13 Jun 2016 | Aktiviti Terkini
Ahad, 12 Jun 2016 – Kelas terakhir bagi Program Cuti Sekolah kali ini ialah Kelas INTEL Membuat Lembaran Kerja menggunakan Ms Excel. Dihadiri oleh seramai 6 orang peserta yang terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas telah diadakan di Bilik Latihan PI Linggi bermula dari jam 3.00 hingga ke 4.30 petang.
Kelas dikendalikan oleh Puan Yusaini Md Yusof dan mengajar tentang cara menghasilkan lembaran kerja menggunakan Ms Excel. Setiap peserta dikehendaki membuat pengiraan tentang perbelanjaan harian mereka mengikut format yang diberi oleh tenaga pengajar.
Selain itu, peserta juga diajak melayari laman web tvokids.com untuk memperkenalkan kepada mereka tentang laman web tersebut yang menawarkan ‘educational games’ yang amat berguna untuk pelajar-pelajar. Peserta juga dinasihati tentang kepentingan melayari lama web yang berfaedah bagi mengisi masa lapang mereka. Ini seiring dengan matlamat PI dalam pengamalan kempen ‘Klik Dengan Bijak’.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: