Kelas INTEL – Belajar Membuat E-mel, Taklimat Klik Dengan Bijak
Microsoft Office & Muat turun bahan dari Internet
23 Mac 2015 | Aktiviti Terkini
Bertempat di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital , seramai 12 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah telah datang untuk menghadiri
'Kelas INTEL – Belajar Membuat E-mel, Taklimat Klik Dengan Bijak, Microsoft Office & Muat turun bahan dari Internet'
Kelas yang berlansung selama 2 hari bermula dari 21 hingga 22 MAC 2015 ini, diadakan pada pukul 2.00 petang sehingga ke pukul 5.00 petang. Ianya adalah bertujuan untuk mendedahkan peserta-peserta cilik ini, yang hampir kesemuanya tidak tahu mengenai cara membuat dan menggunakan e-mel. Di atas dasar melindungi hak kanak-kanak, peserta dibawah umur 13 tahun haruslah meminta kebenaran ibu bapa sebelum boleh membuat akaun e-mel mereka sendiri. Ibu bapa turut dinasihatkan agar memantau anak-anak ketika menggunakan e-mel. Pusat Ekonomi Digital amat menitikberatkan hal ini berteraskan matlamat Klik Dengan Bijak iaitu Keselamatan, Waspada & Tanggungjawab.Di bawah tajuk Microsoft Office (Word & Powerpoint) pula, peserta diajar untuk membuat Folio mengenai P.Ramlee. Peserta dikehendaki mencari dan memuat turun bahan mengenai P.Ramlee melalui internet. Rata-ratanya, peserta yang datang merasa seronok kerana dapat belajar mengenai pelbagai perkara, lebih-lebih lagi selepas melakukan aktiviti dan latihan menghantar e-mel kepada tenaga pengajar iaitu Pengurus Pusat Ekonomi Digital Linggi sendiri – Puan Yusaini Md Yusof. Setiap e-mel yang dihantar dipaparkan di papan projektor untuk dilihat bersama dan dinilai mengikut kekemasan, ketepatan maklumat dan kepantasan peserta menyiapkan tugasan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: