Bengkel Jahitan Manik Bersama Persatuan Wanita KIMMA
28 Jun 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 27 Jun 2015 (Sabtu) yang lalu, Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Linggi telah mengadakan satu bengkel keusahawanan bersama dengan Persatuan Wanita KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) Cawangan Pekan Linggi. Tenaga pengajar yang didatangkan khas dari KEMAS iaitu Puan Zaleha Binti Jalil telah mengajar peserta tentang teknik asas membuat jahitan manik yang sesuai untuk dijadikan hiasan pada baju, bantal dan sebagainya. Seramai 10 orang peserta telah hadir ke bengkel yang diadakan selama 2 jam dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari ini. Peserta yang rata-ratanya adalah suri rumah dilihat sangat teruja untuk mempelajari teknik jahitan manik ini.
PI Linggi turut menggalakkan mereka yang datang ke bengkel ini agar menggunakan kemahiran jahitan manik yang telah mereka pelajari bagi membantu menambah pendapatan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: