Kelas Asas Adobe Photoshop – Usahawan Muda
27 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini
Kelas Asas Adobe Photoshop untuk Usahawan Muda telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Linggi pada 26 Julai 2015. Ianya terbuka hanya untuk 5 orang peserta sahaja yakni dari golongan pelajar sekolah yang berminat untuk belajar tentang asas di dalam menggunakan Photoshop. Selain tujuan itu, kelas ini juga diadakan untuk memupuk semangat keusahawanan di dalam diri peserta, di mana peserta boleh menggunakan kemahiran menyunting gambar untuk mencari duit poket. PI Linggi berpendapat, kelas keusahawanan bukan hanya terbuka kepada golongan peserta dewasa sahaja, malah golongan muda termasuk pelajar sekolah rendah juga haruslah dipupuk semangat keusahawanan di dalam diri mereka. Dengan itu, mereka mungkin dapat menambah ataupun membantu dari segi ekonomi dalam keluarga mereka. Kerana hasil dari apa yg mereka pelajari mungkin dapat dijadikan sumber bagi menambah duit poket mereka sendiri. Hal ini terbukti apabila salah seorang dari peserta, iaitu adik Nadira Syamira, pelajar darjah 4 SKK S.K Linggi, membantu ibunya membuat sendiri menu makanan dan senarai harga untuk dipamerkan di gerai milik keluarga mereka. Ini boleh menjimatkan kos jika dibandingkan dengan menempahnya dari orang lain. Selain itu, adik Syamira juga pernah beberapa kali menerima tempahan 'Kad Nama' dari kawan-kawannya selepas mereka melihat kad nama adik Syamira yang cantik dan kreatif hasil dari apa yang dipelajarinya di PI. Selain itu, di dalam kelas yang berlansung selama 2 jam ini, turut diselitkan sedikit taklimat tentang KDB iaitu 'Penyalahgunaan Photoshop'. Semua peserta ditunjukkan tentang bahaya penyalahgunaan photoshop dan kesannya kepada orang lain dan mereka dinasihati agar tidak melakukannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: