Program Membaca Menjana Kreativiti ICT sempena Kem Membaca di SMKDMY
6 April 2016 | Aktiviti Terkini
Selasa, 5 April 2016 – Satu program kerjasama antara PI Linggi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mohd Yusof telah diadakan sempena Kem Membaca yang telah diadakan di sekolah tersebut. Program ini diberi nama ‘Program Membaca Menjana Kreativiti ICT’.
Bertujuan untuk mendidik peserta dalam memupuk minat membaca dan kemudian maklumatnya diolah semula dalam bentuk digital di dalam komputer. Secara tidak lansung ianya akan membantu memahirkan peserta di dalam menggunakan komputer.
Program ini diadakan di dalam Bilik Sumber Sekolah dengan menggunakan 5 buah notebook yang dibawa khas dari PI Linggi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, sesi membaca di mana teks nya disediakan oleh petugas PI dan diambil dari keratan akhbar tempatan mengenai Jutawan Internet. Pelajar diminta untuk membuat slide tentang apa yang mereka fahami menggunakan Power Point. Kumpulan yang berjaya menyediakan slide yang baik dan menarik dipilih sebagai pemenang dan menerima hadiah yang ditaja oleh Pihak PI berupa alat tulis.
Program yang berlansung selama 2 jam ini berakhir pada jam 11.00 pagi. PI Linggi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberi oleh pihak sekolah SMKDMY Linggi melalui Guru Pusat Sumbernya iaitu Puan Suzy Haron. Diharap kerjasama dan hubungan erat yang dijalinkan akan berterusan dalam program-program yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: