Kelas Usahawan – Membuat Risalah Perniagaan
12 April 2015 | Aktiviti Terkini
Pada hari Sabtu 11 April 2015, Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan Kelas Usahawan – Membuat Risalah Perniagaan. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mengajar usahawan tentang ICT agar dapat mereka gunakan untuk membangunkan perniagaan mereka masing-masing. Kelas yang berlansung dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan dihadiri oleh seramai 7 orang usahawan ini dimulakan dengan sedikit Taklimat Keusahawanan dan seterusnya diikuti oleh Cara-cara Membuat Risalah menggunakan Microsoft Word. Dengan memberi penekanan kepada usahawan bahawa dengan hanya menggunakan Microsoft Word sahaja, mereka boleh menghasilkan risalah yang cantik untuk perniagaan mereka tanpa perlu mengeluarkan wang lebih untuk menempah atau membeli perisian yang mahal dan canggih seperti Adobe Illustrator atau Photoshop. Rata-rata usahawan yang datang merasa gembira kerana dapat menyertai kelas ini dan berharap agar PI Linggi mengadakan kelas yang serupa di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: