Majlis Perasmian Pusat Ekonomi Digital Linggi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan
18 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini
Majlis perasmian Pusat Ekonomi Digital Linggi (PI) telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, diiringi oleh YBhg Dato' Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus - Ketua Pegawai Pembangunan Industri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia & YB Tn Hj Abdul Rahman Bin Mohd Redza - ADUN Linggi, serta disaksikan oleh tetamu-tetamu kehormat yang lain. Menteri Besar turut melawat ke dalam PI bagi melihat kemudahan yang ada disediakan kepada pengunjung, Pengurus PI – Puan Yusaini Binti Mohd Yusof memberi sedikit taklimat tentang Peranan Pusat Ekonomi Digital , aktiviti yang pernah dan bakal dijalankan serta tayangan Video Terbaik dari peserta yang memenangi 'Pertandingan Panorama Menarik di DUN Linggi. Majlis bersejarah ini dihadiri seramai lebih 1500 tetamu. Tetamu ini bukan sahaja datang dari sekitar mukim Linggi, malah luar kawasan juga. Turut memeriahkan majlis ialah booth-booth jualan dan pameran dari usahawan tempatan, antaranya Booth Pusat Ekonomi Digital Linggi sendiri yang menawarkan Keahlian Percuma dan hadiah-hadiah menarik melalui Pertandingan Kuiz 'Klik Dengan Bijak'. Selain itu, di Booth Maxis Hotlink turut menjual Telefon Pintar dengan harga yang murah serta tawaran Kad Sim Percuma kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi gerai mereka. Majlis yang berlansung dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang ini turut diserikan lagi dengan kehadiran artis terkenal iaitu Johan Asari, Zara Zya dan Zoey Rahman.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: