Kelas Solekan & Usahawan
29 Februari 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 28 Februari yang lalu, satu kelas solekan dan usahawan telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Linggi. Kelas yang dibimbing oleh Perunding Kecantikan dari Mary Kay ini dan diketuai oleh Cik Noraime Yaacob telah dihadiri oleh seramai 8 orang wanita yang berminat untuk menjadikan bidang kecantikan sebagai peluang kerjaya.
Bertempat di dalam bilik latihan PI Linggi, peserta yang terdiri dari usahawan, pelajar dan juga suri rumah ini telah diajar tentang asas penjagaan muka, asas solekan dan peluang kerjaya sebagai Perunding Kecantikan (Beauty Consultant) Mary Kay. Kelas selama 3 jam ini tamat pada pukul 5.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: