Kelas INTEL : Membuat Surat Rasmi
11 Junl 2016 | Aktiviti Terkini
Jumaat, 10 Jun 2016 – Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Linggi telah mengadakan kelas Belajar Membuat Surat Rasmi sempena Program Cuti Sekolah yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Linggi pada minggu ini.
Seramai 10 orang peserta yang telah hadir iaitu terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah yang berminat untuk mempelajari teknik yang betul menaip surat rasmi menggunakan Ms Word.
Kelas yang berlansung selama 1 jam setengah dan bermula pada pukul 3.00 petang diajar oleh Pengurus PI Linggi iaitu Puan Yusaini Md Yusof.
Di dalam slot ‘Check Your Mobile’ -Awareness on Hardware/Software dimana peserta diajar tentang cara memeriksa keaslian telefon bimbit mereka. Kesedaran ini amat berguna bagi mengelakkan diri dari tertipu membeli barangan tiruan dan seterusnya melaporkan kepada pihak yang sepatutnya. Selain dari itu, Puan Yusaini turut menunjukkan beberapa contoh aplikasi yang berguna dan boleh dimuat turun dari telefon bimbit untuk kegunaan pemeriksaan kesihatan diri sendiri, contohnya Pedometer 30 days Ab Challenge.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: